Monday, September 20, 2010

Wan Puteh Wan Idris


Tok aku telah pergi meninggalkan alam fana pada tanggal 13 September 2010. Lakaran wajah arwah ini telah aku hasil pada 7 September 2010, 6 hari sebelum arwah bertemu ajalnya. Sebelum ini awah tidak pernah mengizinkan aku mempotraitkan dirinya namun tidak pada hari itu. Arwah ketika itu sedang duduk di atas kusyen mengadap tingkap dan pintu. Aku yang tergerak hati memintak keizinan arwah untuk merakamkan wajahnya. Tanpa arwah melontar sebarang kata aku tau arwah menizinkan aku.Dengan hanya bantuan cahaya dari luar rumah aku telah mempotreatkan wajah arwah.

Arwah sebelum meninggal dunia telah uzur sakit tua dan asthma dalam tempoh dua tahun lebih. Dalam masa itu anak-anak perempuan arwah; mak aku, mak long milah, mak teh idah dan menantu arwah mak cik fauziah bergilir-gilir menjaga arwah di rumahnya. Namun pada bulan ramadhan tahun ini mak long milah telah membawa arwah pulang ke rumah beliau sehingga separuh ramadhan dan kemudian ke rumah aku. Kebetulan aku ketika itu sedang bercuti dan pulang ke rumah, dapatlah aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai cucu dengan menolong arwah ke tandas, mengurut arwah ketika semput, menyediakan makanan dan beberapa laku yang lain.

Pernah satu hari di larut petang sebelum masa berbuka puasa arwah memintak aku dan mak aku meletak minyak dan mengurut beliau kerna arwah berasa seperti tidak bertanggan dan berkaki. Aku yang memegang dan mengurut tanggan arwah dapat merasa kesejukan anggota tanggan dan kaki arwah. Setelah beberapa ketika arwah merasa pulih semula. Dan ada masa arwah sembut sehingga tidak mampu bersuara, aku atau yang lain-lain dirumah akan mengurut di belakang badan arwah untuk mempermudahkan pernafasannya.

Pada malam hari raya, aku sepatutnya menghantar arwah pulang kerumahnya tapi tak dapat dielakan aku harus menjemput sepupu aku, nurul di stesyen bas di Shahab Perdana, Alor Star dan membawa saudara aku ini pulang ke rumah arwah. Setibanya aku di rumah arwah, arwah baru sahaja tiba dan masih didalam kereta abang ipar aku. Sepupu aku, yon dibantu oleh aku dan beberapa saudara yang lain telah menganggkat arwah dan membaringkannya di atas katil. Arwah yang tidak gemar berbaring di atas katil memberitahu kepada kakak aku, beliau hanya mahu hanya sekadar 2 hari berada di atas katil, kemudian mahu tidur tempat pembaringan biasanya iaitu diatas tilam yang dilapik dibawah dengan pentas kayu. Ketika itu arwah telah tidak membuka mata dan kata-kata yang dilontar sudah sangat tidak bermaya.

Petang raya ke 4, 13 September 2010 aku kat siber kafe. Waktu itu aku baru online, tetiba aku dapat call dari abang aku - tok dah takdak.

Terbayang aku rambut tok yang dah jarang, isi-isi yang melayut di lengan ketika dia mengangkat tanggan, buku telefon ditulis dalam jawi yang selalu diselak oleh arwah ketika masih sihat dan banyak lagi yang bermain dikepala aku. Sekarang dah tak akan aku nampak sekujur tubuh tua dalam telekung diatas tikar sejadah ketika aku menolak daun pintu rumah arwah seperti selalu. Tak ada lagi jasad yang akan duduk diatas papan kekuda di dalam bilik air seperti dulu. Masih jelas dalam inggatan aku ketika mak dan abah pergi menunaikan haji, tok rajin memasak daging dan ayam masak asam utntuk membuka selera aku. Walaupun masih buleh di hitung dengan jari hari-hari arwah pergi meninggalkan kita tetapi kerinduan aku kepada tok sangat kuat. Jika dulu sering kali aku kucup pipi tok yang retak seribu sebelum pulang ke gombak, namun sekarang semua itu pasti tak dapat aku ulangi.
Salam rindu dari cucumu, Hasnoor Hussain.

2 comments:

manueng said...

inna lillah wa inna ilaihi raji'un....

naseb bek gak la ko sempat shoot potret dia nol:)

Bang Chin said...

tu la..rezeki aku..mau tak ralat gak la,gamba org aku ambik, tok sendiri takdak